Sunday, October 2, 2011

Kesabaran - Antara aku & mereka..



Yeszer, kembali lagi dlm dunia yg bisu ni.. Rindu rasenya coz dh lama tak meng'update' sebarang cerita.. Aku rase lepas husband balik dari Geneva, xtvt agak bz..

Sebenarnya aku nk citer pasal attitude org kt jalan raya..

Pada satu hari Sabtu yg mendung gitu, aku ngan husband nk gi PC Fair, nk carik external hard disk.. Ada member kata 500gb -RM 90.. Hahaha..rupenya grapevine jer..huh.. Masa kat Jalan Kuching (sebelu m smpai KLCC) kat traffic light ade sebuah keter Kancil ni tetibe jer reverse keter dia.. Husband aku pun tekan laa hon byk kali..tp, mamat tu tetap me'reverse'kan keter dia.. So, bummm.. Tapi, impak x kuat sangat laa..

Masa ni aku mmg angin laa.. Tp, bile husband aku check, Alhamdulillah, Atoz kesayangan aku xder ape2.. keter mamat tu jer, bumper tertanggal...

Lepas gi KLCC n x jumper external yg reasonable harga dia.. Husband aku ajak gi Low Yat.. Dapat laa beli Ext Samsung RM163.. Mmm..mahal gak.. Tapi, nk simpan keje2 office ku relakan jugak.. Hahhaa..

Balik tu, kitaorg decide gi Mydin USJ lak.. Beli brg2 dapur.. Masa nk masuk ke parking Mydin tu sekali lagi, keter kena cium, kali ni kat belakang.. Mamat yg langgar tu agak ' kurang ajar' laa.. X reti nk beratur, terus potong line & bumm keter kitaorg.. Kali ni aku turun & tgk..siap bwk kamera.. Hahah..kecoh kan??..
Alhamdulillah, sekali lagi keter xder ape2..

Menguji kesabaran betul..Dh laa langgar keter org, pastu x reti nk turun n mintak maaf.. Aku anggap org mcm ni mmg biadap..


Mcm2 ragam, mcm2 peristiwa dlm tempoh sehari.. Lepas muhasabah diri, aku ngan husband conclude yg semua ni berlaku coz kitaorg sembahyang lewat..(kira nk habis waktu).. yer laa, ke sana-sini.. Begitu laa adanya..

Friday, June 10, 2011

Siaran TV AlHijrah di ASTRO 114



Alhamdulillah, sekali lagi, ada juga organisasi yang cuba memartabatkan rancangan2 berbentuk Islam ni. TV AlHijrah ni sebelum ni xder kat Astro..Rumah aku lak mmg xder peluang nk tgk TV yg xder connection ngan Astro.. So, Alhamdulillah, baru-baru ni dh disiarkan kat Astro..So, mmg asyik bukak jer laa sekarang..

Aku rajin tgk dokumentari dia. Coz byk benda yg menarik, berilmiah dan membuat kita berfikir..

Ok la, ape kate korang tgk dan nilaikan sendiri..

p/s : Kat AlHijrah ni pun ade Para Pencari Tuhan musim yang agak baru.. Memang best.. Tp, xder subtitle.. susah mahu paham dong.. Kalau ade pihak2 di TV AlHijrah yang bermurah hati nk buat subtitle mmg amat dihargai.. Aku xnk kalau alih bahasa tau coz feel dia dh hilang.. Hahaha..demand kan??

Friday, June 3, 2011

Giving directions.. Men or Women??

Hari ni aku dengar topik yang agak menarik at Fly FM.. Around 5:45pm..
Aku x kenal announcer a.k.a dj segmen ni.. Kalau x salah aku segmen ni tajuk dia - the show with no name.. So, maafkan aku kalau tersalah tulis..

Masa aku dengar topik ni, di sudut hati ku yg terpencil, mengaku yg perempuan (aku laa tu) memang failed bila org tanya jalan.. Sebabnya, aku mmg ada masalah nak ingat landmarks, etc.. Kecuali laa tempat tu mmg aku dh familiar.. Kalau ada yg call tanyer jalan, mmg aku pass phone kat sesaper yg ade laa.. Hehehe..aku rase belajar matematik lagi seronok dari ingat jalan..

Anouncer Fly FM ni dia try laa call sorang budak lelaki ni tanyer jalan.. Budak lelaki ni rileks jer jawab & kalau ikut betul2 mmg boleh laa sampai.. Tp,bila diaorg call sorang ladies ni, mmg menjawab dengan agak mengelabah laa.. Huhu..

Tapi, diulang yer, tapi, bukan semua perempuan yang tak tau nk bagi direction & ingat jalan.. Aku tgk kakak aku tu mmg expert & ingat pasal jalan2 ni.. Dia leh lukis exactly & mmg x sesat laa..

Kalau lelaki yg memang jenis x fokus macam aku, mmg laa dia pun x boleh bagi direction.. So, kesimpulannya, lelaki or perempuan ada kelebihan masing2.. Tak payah nk beza2 sangat.. Cuma, aku still percaya yang lelaki should be a leader in organizations.. (hahaha, tetiba jer kan masuk pasal leadership lak)..

Ok laa, korang fikir-fikirkan le..

Saturday, May 14, 2011

Skrip Pengacaraan Majlis – Makan Tengah Hari



Kali ni aku nk kongsi skrip pengacaraan majlis masa jamuan makan tengah hari sempena kejayaan Jabatan aku menganjurkan satu majlis yang besar.
Ntah kenapa aku yang dipilih jadi emcee..Tapi, aku selalu amik peluang untuk ke depan ni.. Mencabar keupayaan aku sendiri.. Oops, panjang lak berceloteh.. Ok laa, aku sertakan skrip yang tidak seberapanya ini untuk kenangan dimasa depan dan juga berkongsi pengalaman..
************************************************************************************
Bismillahhirahmannirrahim..

“Malaysia Berjaya menggamit memori,
Warga Jabatan bersatu hati,
Selamat datang saudara-saudari,
Ke jamuan kesyukuran sebagai penyeri”

Assalamualaikum w.b.t dan selamat tengah hari diucapkan kepada pihak pengurusan tertinggi ........ iaitu CEO yang disayangi, Dato’-Dato’, Datin Sri, Pengarah-Pengarah serta tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi.

Saya mewakili warga ............ mengalu-alukan dan berterima kasih atas kesudian Dato’-Dato’, Datin Sri, tuan-tuan dan puan-puan meluangkan masa untuk menghadiri jamuan kesyukuran sempena kejayaan ...... menganjurkan Majlis ..................... baru-baru ini.

Alhamdulillah, dengan izin Yang Maha Esa, majlis telah berjalan lancar dan meninggalkan kenangan terindah kepada semua, terutamanya warga ...............
Majlis turut merakamkan ucapan terima kasih kepada penaja-penaja makanan dan minuman pada hari ini. Semoga Allah sentiasa memurahkan rezeki.. Aminn..

“Lelaki menipu, wanita pun sedih,
Membawa diri sampai ke Perlis,
Mukadimah panjang, perut pun dah pedih,
Doa dibaca, pelengkap majlis”

Oleh itu, dijemput En ABC untuk membacakan doa dan seterusnya upacara santapan pun bermula.
Jumpa lagi dan Assalamualaikum...
************************************************************************************

Sekadar berkongsi..Apepun, aku sengaja merahsiakan nama tempat aku bekerja untuk mengurangkan populariti.. Hehehehe.. Simple jer majlis ni, bila bos-bos semua taknak berucap, so, tanggungjawab kita sebagai pengacara majlis untuk bekalkan semua maklumat dan cerita laa apa yang berkenaan.

Macam dalam skrip aku ni, pantun yang aku bekalkan ada kaitan sikit dengan majlis yang kitaorg buat sebelum ni. So, boleh refresh kenangan yang berlaku..
Ok laa, next time aku letak lagi skrip masa aku jadi emcee untuk bengkel kaum-kaum wanita, taska graduation, ceramah kerjaya.. Tapi, tak boleh janji bila coz semua skrip aku tulis dan bukan taip.. huhu..

Tak IT savvy? Bukan macam tu, aku lebih selesa baca tulisan aku.. Lebih feel gitu..

Resepi Kek Cawan Daisy - Chef Anis Nabilah




Hari ni aku nak kongsi Resepi Kek Cawan Daisy - Inspirasi dari chef yang cute & peramah - Chef Anis Nabilah.. Resepi ni dah dapat dari tahun lepas.. Tapi, dulu aku xder blog lagi.. So, kali ni aku nak kongsi laa resepi yang amat simple ni.. Masa ni Daisy ade buat promosi kat Mid Valley.. Aku siap participate nak jawab soalan & dapat laa tupperware yang comel gitu.. Yang paling penting, dapat makan cupcake yang sedap & gebu..

Nak tau resepi kan? So, apa lagi, salin2, kalau malas nak salin, copy, paste & print jer.. Pastu dah leh try..

Bahan-Bahan :

150g Marjerin Daisy
180g tepung naik sendiri
150g gula kastor
1/2 sudu teh bikarbonat
3 biji telur
1 sudu teh esen vanilla

Untuk Aising :

100g marjerin Daisy
200g gula aising
2 sudu teh air panas
1 sudu teh esen vanila
2 atau 3 sudu teh (ikut cita rasa sendiri) jus lemon (pilihan)
Chocolate rice atau apa2 hiasan yang korang suka..

Cara Penyediaan :

Untuk cupcakes :

1. Panaskan oven 180 darjah Celcius
2. Pukul marjerin & gula sampai kembang dan sebati
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji & vanila
4. Masukkan tepung yang dah dicampur soda bikarbonat
5. Kacau sampai sebati
6. Bahagikan adunan dalam bekas kek cawan
7. Masukkan adunan tadi dalam 3/4 penuh.
8. Bakar dalam 10 minit

Untuk aising :

1. Pukul marjerin dan gula aising sampai kembang
2. Masukkan esen vanilla & air panas (perahan lemon @ perasa pilihan korang)
3. Pukul sampai putih & berkrim
4. Tunggu sampai cupcake sejuk sebelum guna aising & hias

** Boleh dapat 30-35 kek**

Ok laa, selamat mencuba & terima kasih Chef Anis + Daisy for the simple recipe..

* Chef Anis ni junior adik aku, dia cakap mmg Chef Anis ni peramah & pandai masak..Mula2 aku ingat dia ni Singaporean, rupanya orang Selangor *

Thursday, May 12, 2011

Pada-Mu aku bersujud – Nyanyian Afghan..

Hari ni aku nk kongsi satu lagu yang aku suka sangat. Actually,it’s not a new song. Penyanyi dia Afghan from Indonesia..

Jujurnya aku tak kenal pun siapa En. Afghan ni.. Tgk youtube, comel gak dia ni.. hehe.. Tapi, apepun, lagu ni mmg best dan menginsafkan.. Afgan telah memberi jiwa pada lrik yang indah ini..

Masa dengar lagu ni, lagi-lagi dalam keadaan hujan mmg tangkap syahdu laa.. Rasa sangat betapa kecilnya aku ni. Semua berharap pada nikmat Allah.. Hamba-Mu ini tiada daya upaya tanpa bantuan dan rahmat-Mu Ya Allah..

Bagi aku, sambil menyanyi lagu ni, kita sebenarnya berdoa.. Memohon limpah rahmat dan kurnia dari the one and foremost ALLAH S.W.T. Semoga korang semua mendapat manfaatnya.. So, enjoy the song..




Ni lirik lagu ni :

Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya namaMu ya Allah

Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
HambaMu yang selalu bertakwa

Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakanMu
Saat Kau limpahkan kurniaMu
Dalam sunyi aku bersujud

Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
HambaMu yang selalu bertakwa

Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakanMu
Saat Kau limpahkan kurniaMu
Dalam sunyi aku bersujud

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
HambaMu yang selalu bertakwa

Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakanMu
Saat Kau limpahkan kurniaMu
Dalam sunyi aku bersujud
PadaMu

Saham Bank Rakyat – Kami Mesti Pilih




Alhamdulillah, berjaya gak aku beli saham bank rakyat ni untuk aku & my husband walaupun dah lewat sebulan. Aku beli pada 9 Mei 2011 (Isnin). Aku amik cuti rehat semata-mata nak dapatkan saham ni..

Walaupun orang lain dah berebut-rebut beli masa bulan April, aku yang ketinggalan kereta api ni baru dapat tau bulan Mei. So, aku terus call hotline bank rakyat & tanye fasal saham ni. Alhamdulillah, masih boleh di beli. Apa lagi, terus laa apply cuti..


Maka, hari Isnin tu dengan semangat berkobar-kobar, memandu lah aku ke Bandar Baru Klang. Still pagi, so, org pun tak ramai. Aku kena isi sampai 3 keping borang sorang (borang fotostat & not carbonised). So, 6 keping laa aku kena isi. Tapi, tu tak jadi hal coz aku still dapat beli saham tu dalam keadaan yang tenang dan selesa.

Memandangkan kita boleh buat urusan Tabung Haji kat Bank Rakyat, maka aku pun terus berurusan & menyetelkan apa yang patut.. Maka, tamat lah kisah Saham Bank Rakyat. Sekarang tunggu keputusan Bank Rakyat sama ada permohonan aku nak beli extra unit, dapat atau tak..

For my luvly husband, thanks for the ‘nafkah’ given. I’ve spend it wisely tau. ..Beli saham lagi....

***Thank you Allah, for giving me this opportunity..***

Kawan oh Kawan



Entry hari ni citer pasal pengkhianatan.. Hahaha..Macam berat jer topik ni kan? Takder laa, cuma nk buat pengajaran dan ingatan.

Dalam hidup kita ni, kite akan jumpe pelbagai karakter manusia.

1. Ada yang betul-betul baik sampai kita rasa di dodoi dengan nyanyian indah selamanya

2. Ada yang depan kita bukan main baik-belakang kita tikam kita sampai hampir putus leher

3. Ada yang depan kita baik, tapi, pada masa yang sama depan kita pun dia berani belasah kita cukup-cukup sampai tak boleh nak bangun setahun. Belakang kita, memang tak tau laa.

4. Ada yang memang hampeh, depan or belakang kite memang tak baik pun.

Ni cuma sekadar yang aku sempat pikirkan..

Aku cuma nak citer pasal manusia kategori ke-3. Kekecewaan aku pada seseorang ni mmg dh lama. Bukan sekali, tp, dh berkali-kali yg aku tau aku diperlekehkan dan ditikam oleh seorang teman yang aku anggap sebagai org yg boleh dipercayai.. Ini yang aku dapat tau, yang aku tak tau, tak tau laa.

Cuma aku buat-buat lupa demi menjaga persahabatan. Seorang kawan yang aku anggap baik, seorang mentor yang aku anggap bijak, sanggup buat aku macam ni. Aku redha, kerana i’m still new leaf here.. Takder pengalaman sehebat dia dan seperti biasa aku sedapkan hati bahawa dia selalu tolong aku, ajar aku, etc..etc..

Cuma, aku ni manusia biasa..Ada hati dan perasaan.. Of course, rasa terkilan dan kecewa tak dapat nak dielak. Cuma aku sayang dia sebagai seorang sahabat dan mentor.. Tak pernah ke dia ingat aku sentiasa meng’cover’, support tindakan dia dan apa2 yang seangkatan dengannya bila ada apa2 berlaku pada dia. Aku selalu puji penghasilan kerja dia depan bos, depan semua agar dia sentiasa di atas, dapat recognition atas kerja dia yang outstanding.

Tapi, mungkin sebab berada di atas itulah, kita hampir lupa siapa kita. Kita lupa yang kita juga pernah tergolek di bawah dan mungkin akan tergolek sekali lagi nanti.. Masa tu, baru kita sedar yang hidup menongkat dunia/ bermuka-muka ni, tak selamanya indah dan bahagia sejahtera...

Maafkan aku untuk luahan hati ini.. Moga persahabatan ini mampu kekal hingga ke hujung nyawa.. Aminn..

Wednesday, May 11, 2011

Komen Buku : Interlok – Karya Abdullah Hussain.



Buku ni aku beli masa Book Fair 2011 bersamaan 19 Jamadilawal 1432H ataupun pada 23 April 2011 (Sabtu) kat booth Telaga Biru Publications. Tujuannya nak bayar majalah Solusi. Ntah macam mana sambil beratur tu, ternampak lak buku ni.. Tgk2 lak 1st edition, so, yang memang suci dari di edit lagi..hehehe..

Sebenarnya aku pernah baca karya Abdullah Hussain (AH) ni. Novel Imam. Memang terbaik. Aku rasa buku tu aku dah baca lebih 3 atau 4 kali. Kakak aku pun suka dan dah khatam berkali-kali. Ceritanya jujur dan terkesan di jiwa. Mm, tapi, entry kali ni aku nak review dan bagi pandangan serba sedikit pasal buku Interlok ni laa..

Masa mula-mula baca ada jugak rasa marah & kecewa atas sikap bangsa kita yang terlalu mudah tertipu, ditipu dan baik hati tak bertempat. Akhirnya tanah dan harta benda tergadai kat bangsa lain. Kira macam lagu Warisan ni (aku amik petikan yang aku ingat jer) :

“Anak kecil main api,
Terbakar hatinya yang sepi,
Air mata darah bercampur keringat,
Bumi dipijak milik orang.

Nenek moyang kaya-raya,
Tergadai seluruh harta benda,
Akibat sengketa sesama kita,
Cinta lenyap di arus zaman.

Indahnya bumi kita ini,
Warisan berkurun lamanya,
Hasil mengalir ke tangan yang lain,
Peribumi merintih sendiri..”

Tapi, bila dah habis baca buku ni, nyata yang kita ni satu Malaysia.. Tak kira siapa, sama-sama berusaha nak memerdekakan Malaya dari penjajahan. Walaupun setiap orang ada agenda dan kepentingan masing-masing. Tapi, semangat cintakan negara menyatukan semua. Memang laa ada yang menyusahkan, musuh dalam selimut, tamak, tak sedar diri, tu memang tak dinafikan. Sampai sekarang orang2 mcm ni ada di sekeliling kita.

Lagi satu, AH ni, ceritakan tentang budaya setiap kaum dengan teliti. Kalau di fahami betul-betul, kita boleh menyelami budaya atau adat resam sesuatu kaum tu walaupun kita tak pernah tengok. Beliau memang buat kajian mendalam sebelum buat buku ni.

Aku rasa sesuai sangat laa buku ni untuk bacaan budak-budak Form 5 atau remaja yang makin ramai lupa diri.. Oops, kata-kata ni bukan untuk semua yer.. Hanya untuk mereka-mereka yang terlupa mereka tu masih ada jati diri dan harga diri tapi tak pernah tau nak hargai..

Aku pun rasa takder isu atau masalah serius dalam cerita ni. AH cuba menjelaskan dengan setelitinya mengenai gambaran ketika itu. Terima laa hakikat. Tapi tu laa, benda yang BENAR tu memang PAHIT nak ditelan sesetengah orang..

Banyak manusia yang takut menerima kebenaran dan lebih rela dibuai khayalan..
Thumbs up to AH. Aku bagi 4 bintang.

Tuesday, May 10, 2011

Selamat Hari Ibu - Untuk Mak & Mak Mertua Tersayang



Entry hari ni pasal makan2 kt JM Bariani @ Bukit Kemuning.
Mula2 nak belanja mak makan hari Ahad, tp, mak xnk coz dia dah masak macam2. So, aku n kakak decide mkn hari Isnin..
choice kitaorg samada Secret Recipe or Pizza Hut.. Tp, mak nak makan nasik.. So, kitaorg decide laa gi JM Bariani kat Kota Kemuning.. Jauh? Xper laa, nk support biznes sedara-mara sendiri..
Memandangkan aku x makan nasik, so, aku pun pilih laa Mee Bandung..(Sebenarnya berharap nak makan Laksa Johor coz owner JM ni expert masak Laksa Johor).. Tapi, apakan daya, menu tu belum dibuat lagi..
Gambar Mee bandung tak sempat amik, coz, ramai sgt org.. Segan laa pulak..hehhee..
Mee bandung kat sini memang sedap berbanding kedai-kedai lain yang pernah aku makan (lagi-lagi kat kedai tomyam)..
Walauapepun, mee bandung mak aku buat mmg tak boleh challenge laa.. Tak percaya? Tanyer laa org yang dah pernah makan..

Apepun, Selamat Hari Ibu kepada Pn Jaliah dan Pn Zaiton yang begitu baik, memahami dan mengasihi aku yg kekadang degil ni.. Moga dipanjangkan umur, diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan sentiasa dalam keredhaan Allah.. LUV U MAK..

Nota : Alhamdulillah, aku dikurniakan rezeki oleh Allah, dapat Mak dan Mak Mertua yang amat terbaik.. Thank You ALLAH..

Wednesday, April 27, 2011

Berkira Untuk Makan? Isk..Isk..



Pagi tadi, aku gi beli breakfast kt makcik pagar.. Haha, nama tak dapat dikenalpasti, Dah meniaga kat pagar, so, kitaorg pun panggil Makcik Pagar..
Seperti biasa, aku pun tunggu laa turn nak amik kuaytiow goreng..

Ada laa seorang 'akak' ni, bukan main lama mencedok bihun ngan maggi goreng.. (ade 3 jenis/warna bihun) So, dia amik semua jenis bihun ni.. Yg merimaskan aku ialah, dia dh laa conquer kawasan tu, org lain nk amik pun x boleh.. pastu, habis di korek semua isi dlm setiap tempat tu.. segala jenis udang, fish ball, semua dia bolot..

Hangin betul.. Aku pun apalagi, selamba jer memanjangkan tangan n cedok kuaytiow tu.. pastu, tau pulak nk ke tepi.. Lepas dh settle, aku pun gi laa bayar.. Korang tau, akak ni still x settle2 lagi.. then sebelum aku melangkah kaki pergi dari situ, baru aku dengar suara dia cakap ngan assistant makcik pagar tu. Ayat dia lebih kurang mcm ni " Dik, makanan ni 2 ringgit jer, saya dh tanyer kt makcik tu.."

Huhu.. Setelah habiskan isi2, plus telur mata kerbau lagi, ngan nak bungkus pun susah (penuh sangat), ko boleh berkira & cakap RM 2.. Takut budak tu kira lebih (coz budak tu tgk je xtvt dia)..
Ada gak manusia mcm ni.. Kalau ikut handbag, baju mmg dahsyat.. Tapi, makan pun nk berkira..
Mm, pendapat aku : Berkira tu penting, tp kalau dh berkira-kira sangat memang bikin hangin..

Cerita Hari Ini

Huh..dh lama x melarikan jari-jemari di dada keyboard ni utk cerita di blog nie..
Hehe..bukan ape, biasa laa, after book fair, semangat nk membaca buku2 yg dibeli memang membara dan berkobar-kobar.. Dgn kesibukan kerja, bukak pc hanya untuk chatting dgn my luv..

Apa xtvt aku?? Mmm, sibuk dgn mcm2 benda.. Kena bungkus hadiah utk Kelab yg aku join.. Alhamdulillah, aku ade team yg amat boombastic, rajin & comel.. hehe..
Keje mcm biasa, ade jer laa benda nak buat, kejap projek ni, kejap meeting tu, kejap prepare slide, kejap tu, kejap ni.. Tapi, tu laa ni semua cabaran dalam bekerja.. Kalau keje sendiri lagi laa macam2 benda kena fikir & buat.. So, aku cuba bersyukur dengan apa yang aku miliki sekarang (chewaaah..ayat baik gitu).

Sekarang ni musim hujan..so, jem adalah perkara biasa.. Dari perjalanan yg 40 minit dh jadi 1 jam 15 minit.. huh..

Sekian sahaja catatan untuk hari ni.. Hidup ini sebenarnya indah, kita yg mengharu-birukannya..

Monday, April 25, 2011

Kajian Di Petang Nan Indah : Punca Jem




Entry aku kali ni ringkas jer..

Setelah beberapa kali membuat kajian, aku rase punca jem kat area subang, damansara, (highway) tu adalah kerana pemandu yang tak tetap pendirian dan tak tau hala tujuan..

1. Tak tetap pendirian -
Panik sebab tak tau n pilih lorong mana.. Kejap signal kanan, kejap gi kiri pulak.. (Ni kira baik coz reti guna signal, yg tak reti guna signal tu lagi teruk). Tgk lane tengah laju sikit, mula laa nk masuk tengah, pastu bila lane sebelah laju, kelam-kabut nak gi sebelah.. Ade yang lagi teruk, bawak kat tengah2 lane, so, dia pikir dia boleh conquer dua-dua side..

2. Tak tau hala tujuan -
Pemandu-pemandu ni tak ingat rumah diaorg kat mana @ diaorg nak gi mana. Mana taknye, dah tau nak balik Subang, amik lorong kanan sekali.. Pastu, bile dah dekat nk masuk junction ke Subang, baru terhegeh-hegeh nak bagi signal ke kiri.. Habis la semua transport dari lane kanan ke kiri terpaksa menekan brek untuk mereka-mereka yang lupa jalan pulang ni.. Begitu laa seterusnya..

So, aku rase laa, kalau dh tau rumah kat Damansara @ Subang, amik laa lane yang tengah or kiri.. Yang lain-lain leh laa amik yang kanan sekali..

"Kitaorg nak bawak keter laju laa & pilih lorong kanan" - Toksah laa nak gebang, keter punya laa banyak, still ade hati nk bawak laju-laju..

Itu jer laa my 5 cents view (Malaysia dah xder 2 cents)..
Terpulang laa nk terima or tak.. Aku x kisah pun..
Biar laa sesat di overseas, dari sesat nak balik rumah sendiri..

Saturday, April 23, 2011

Lawatan ke Pesta Buku 2011





Seperti yg dijanjikan, aku nk citer pasal pemergianku dgn my sis to book fair 2011 kat PWTC.. Sampai PWTC dh kul 10:20am.. Alhamdulillah, walaupun sesak, parking masih ade lagi, tp kat roof top.. Seperti biasa kat dalam tu, dh penuh ngan manusia.. Mcm2 aktiviti ade hari ni.. So, tgk laa gmbar2 yang aku attached kan..
Kat dalam tu mmg x rase masa berlalu.. Perut x rase lapar, haus pun x.. Cuma, tgn jer lenguh sikit..hehhe..mana taknya buku semua berat2.. aku rase rugi lak kalau beli buku nipis2..hehe..

Mmm.. aper yg interesting?? Ok laa, aku senaraikan satu-persatu xtvt pada 23 April 2011 :

1. Tun Mahathir ada. Dia promote buku A Doctor In The House - The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad..
2. Dapat beli buku ngan diskaun yang best laa.. Rase mcm beli banyak, tapi bile kira2 balik, tak sampai rm300 pun..
3. Masuk pertandingan makan cupcakes.. Mula2 aku ingat boleh laa makan banyak2, tp apakan daya dlm masa 20 saat,aku cuma mkn half of it jer..hehe.. Aku control?? X langsung laa.. Cuma bile dh mkn kat atas pentas tu xleh nk telan.. Aku mmg respek org leh mkn sampai 2 biji cupcakes 20 saat.. Bila dh masuk dalam mulut kan melekit-lekit.. huhu.. Walaupun kalah, tp dpt laa bawak balik 4 biji cupcakes yang x habis tu..
4. Aku berjaya ke PWTC dengan jayanya.
5. Ramai novelis yg turun padang jumpa peminat
6. Macam2 lagi laa, so, jangan lupa pergi yer..

Akhirnya, setelah 4 jam berada kat dalam perut PWTC tu, kitaorg pun keluar.. Masa tu baru laa terasa tekak ni haus, badan2 dh sakit, tangan dh lenguh2..Mana taknyer dekat 7.2 kg buku yang kena pegang..
Apepun, book fair mmg best.. Membaca jambatan ilmu, x baca jambatan dungu.. Jgn marah..

Meeting


Bile meeting petang, tendency nak balik lewat memang laaa besar punyer..
Hari ni kan aku gi beli kamera, balik dari Shah Alam ke KL, jem laa pulak.. Start jem teruk kat depan Mahkamah Syariah baru tu..
Huhu.. masuk opis almost pukul 3:40pm.. Apa lagi, kelam kabut nk gi meeting.. Bos lak asyik call.. hehe.. Mcm org penting lak..

Cuma yg syoknyer meeting kali ni, meeting lebih efisien dan cepat..
Aku ni mmg x suka meeting lama2.. Cakap meleret-leret sampai 4 jam.. Perli2 org yang ada buat salah sampai meeting tahun depan.. Bagi tazkirah berjela-jela, tp tak 'walk the talk'.. Ckp benda berulang-ulang, jap kt awal meeting, pastu bile kat tengah meeting citer lagi tp dengan idea lain, nak hujung2 nanti pun tukar lagi idea- huh, letih n meng'confuse'kan org..

Mmm, kalau korang or aku jadi bos - kite doa2 lah yang benda-benda ni kita x buat.. Bukan ape, org boring laa, paling teruk bile staff naik menyampah..hahaha..

Mudah-mudahan bila kite memudahkan hidup orang, moga Allah akan memudahkan hidup kita pula..

Friday, April 22, 2011

Aku dah ade kamera



Lalala.. hari yg sangat gumbira.. Aku dh ade kamera.. Tp, xleh testing lagi coz tgh charge..
Lunch hour (22 April 2011) aku n office mate gi laa ke Plaza Alam Sentral.. Membelek-belek kamera..
Nasib aku ade buat survey sendiri.. Nak harap salesgirl kat situ, mmm, mmg tak dapek nk menolong laa..Aku tanyer ape beza kamera A ngan kamera B ni? Dia leh jawab, "entah laa kak.."
Sabar jer laa kan!!!.. Hahaha..mesti korang ckp kenapa nk beli gak kat kedai tu kan??
Jawapan aku ialah : Aku dh berkenan & dah tak sabar2 nk ade kamera digital sendiri..

Kepada salesgirl2 yang berkenaan - please equipped urself with product knowledge.. Baca laa manual, buat laa testing, buat survey kt internet, cari info2 yg berguna - so, hati customer pun senang kan??

Tak semestinya kite kena pakai mini skirt, rambut kaler2,kite dh layak jadi salesgirl yg berjaya.. Kalau x well versed dengan produk yang kite jual, mmg laa x guna satu sen pun.. Pada employer pun : apa salahnyer korang buat training kat bebudak ni..
Jangan laa biar diaorg terkapai-kapai.. Kesian tau bila aku tengok bila org tanyer tak boleh terangkan dengan suksesnya..

Aku tulis ni pun sekadar peringatan bersama.. Bukan nak mengaibkan sesiapa..
Kekadang kopi yang pahit tu lebih menyelerakan dari kopi yang terlebih manis.. Fikir-fikirkan lah..

Thursday, April 21, 2011

E-Filing Individu : 30 April 2011



Dah buat e-filing?? Jgn tunggu last minute k.. Nanti dh 30hb April, baru sibuk nak buat, pastu system problem, bising2 lak.. System tak efficient la, ape laa.. Padahal, diri sendiri yg tak efficient nak urus masa.. Sakit hati dengan ayat2 aku?? Xyah laa sakit hati.. Kekadang, kena bagi teguran sikit..

Kepada yg dh buat, Tahniah diucapakn.. Dari rakyat untuk rakyat..
Mmm, banyak kena bayar? Nak buat mcm mana kan, gaji tinggi sape suruh..hehehe..
Dapat refund a.k.a bayaran balik ? Seronok laa tu.. (Aku pun masa dapat refund last year, bukan main suka, even x banyak pun)..

Ok laa, yang dh rase layak kena bayar tax (bukan buat2 macam tak layak), sile lah buat kat website ni : https://e.hasil.gov.my/

Pastu, kalau korang ade resit2 untuk deduction tu, simpan laa rekod ngan cemerlang k.. Mana tau nanti terpilih untuk di audit k.. So, takyah laa cuba2 nk menipu utk kurangkan tax k..

Itu jer laa pelajaran tentang cukai untuk hari ini..
Selamat ber'e-filing', selamat membayar cukai & selamat dapat refund..

Bruno Mars - Grenade




Huh..Best tul lagu mamat Bruno Mars ni.. Aku bukan apa, sibuk nk masukkan kt blog ni coz ade org tanye aku ape benda grenade tu.. So, aku letakkan gambar ni ..hah..ni laa grenade..

Alang2 aku tepek laa lirik grenade ni k..

Easy come, easy go
That's just how you live, oh
Take, take, take it all,
But you never give
Should of known you was trouble from the first kiss,
Why were they open?
Gave you all I had
And you tossed it in the trash
You tossed it in the trash, you did
To give me all your love is all I ever asked,
Cause what you don't understand is
I’d catch a grenade for ya (yeah, yeah, yeah)
Throw my hand on a blade for ya (yeah, yeah, yeah)
I’d jump in front of a train for ya (yeah, yeah , yeah)
You know I'd do anything for ya (yeah, yeah, yeah)
Oh, oh
I would go through all this pain,
Take a bullet straight through my brain,
Yes, I would die for ya baby;
But you won't do the same

No, no, no, no
Black, black, black and blue beat me till I'm numb
Tell the devil I said “hey” when you get back to where you're from
Mad woman, bad woman,
That's just what you are, yeah,
You’ll smile in my face then rip the breaks out my car
Gave you all I had
And you tossed it in the trash
You tossed it in the trash, yes you did
To give me all your love is all I ever asked
Cause what you don't understand is
I’d catch a grenade for ya (yeah, yeah, yeah)
Throw my hand on a blade for ya (yeah, yeah, yeah)
I’d jump in front of a train for ya (yeah, yeah , yeah)
You know I'd do anything for ya (yeah, yeah, yeah)
Oh, oh
I would go through all this pain,
Take a bullet straight through my brain,
Yes, I would die for ya baby;
But you won't do the same

If my body was on fire, ooh
You’ d watch me burn down in flames
You said you loved me you're a liar
Cause you never, ever, ever did baby...
But darling I’ll still catch a grenade for ya
Throw my hand on a blade for ya (yeah, yeah, yeah)
I’d jump in front of a train for ya (yeah, yeah , yeah)
You know I'd do anything for ya (yeah, yeah, yeah)
Oh, oh
I would go through all this pain,
Take a bullet straight through my brain,
Yes, I would die for ya baby;
But you won't do the same.
No, you won’t do the same,
You wouldn’t do the same,
Ooh, you’ll never do the same,
No, no, no, no

Ni lagu berani mati laa.. Punyer laa sayang kat girlfriend sampai sanggup buat macam tu.. Nasihat kepada kwn2 ku tersayang : Sayang tu berpada-pada laa yer.. Tp, lagu ni aku mmg suka coz sedap didengar..lagi2 yang intro dia tu..

Banyak Bercakap



Hari ni ade public speaking oleh ofis mate aku pasal keserasian..
Aku tertarik dengan slide dia yg inform kalau org perempuan membebel umpama 6 hari dalam setahun.. Wow, Amazing huh.. Yer laa, 6 hari x 24 jam = 144 jam.. So, jejaka2 di luar sana biar laa isteri @ gf anda nk membebel ke ape ker.. Bukan lama pun kan??

Aku?? Kalau ikut, husband aku mmg suka aku bercakap.. Dia rase pelik kalau aku tak bercakap.. Tp, bile dia outstation ni, kadar aku bercakap, berborak, bercerita agak kurang laa sikit.. Mana taknyer, dalam keter, aku nk ckp ngan sape? Kalau balik umah aku, tggl sorang2, memang la x bercakap.. Lain laa, balik umah parents aku, bising laa gak nk borak tu borak ni..

Oleh itu, dengan rasminya, aku meng'declare'kan yang pada 2011 ni kadar aku membebel adalah pada kadar 2 hari setahun.. Huhu.. Rase mcm hebat jer..

Buat suamiku : Isterimu ini dh jadi agak pendiam.. Uhukzz...

Hujan oh Hujan


Dah dua hari hujan lebat.. Gi keje hujan, balik pun hujan.. Kalau pagi tu rasenya liat jer nk bangun pergi keje.. Kunci jam pukul 4:45am, snooze sampai kul 5am.. Bangun gosok2 baju baru mandi.. Kul 6am dh bwk kete nk gi keje.. Masa ni aku cadangkan korang bukak laa Radio IKIM.. At least permulaan pagi kite dengar sesuatu yg baik dan indah.. Nk tau ape?? Korang dengar laa sendiri yer..

Seperti biasa dh nk sampai ofis, hujan pun reda..Alhamdulillah.. Kalau hujan lebat mau gak basah kain.. Yer laa, rakyat2 mcm aku ni, kena parking kat luar jer.. Jauh laa sikit perjalanan nk masuk opis..

Balik petang, mmg cuaca dh mendung, windy2 gitu.. tp x hujan lagi.. Bila dh nk dekat area Damansara tu baru laa hujan turun mencurah-curah..

Mmm.. biasa laa kalau hujan mesti jem.. (Tp, x hujan pun jem gak kat area Subang, Damansara ni).. Paling lebat bila dh dekat ngan Setia Alam.. Tp, aku bersyukur bile turun hujan ni.. Yer laa, mcm husband aku cakap, hujan ni boleh mencuci darah, bangkai kat jalan raya.. Korang pun tau yang hari2 ade jer accident kan.. Tak kira laa org ke binatang..

Ok laa, panjang lak aku membebel.. Hujan2 ni berhati-hati lah di jalan raya..

GM Chow Kit


Entry aku kali ni pasal GM Chow Kit.. hehe..first time aku gi sini (20 April 2011)..
Tujuannye nk beli hadiah utk kelab kt ofis aku.. Kat GM kan byk barang borong..
Yg paling aku teruja (ayat skema) pasal keter nak gi parking kena naik lif.. Hehe..Nasib bukan aku yang bawak keter, kalau tak cuak gak..

Parking at 11th floor.. Pastu, tunggu lif nk turun bawah ade laa dekat 10 minit.. lama betul.. pastu ngan lif yg kecik, peniaga2 lkat sini semua bwk troli besar.. huhu,,mmg mcm dalam tin sardin..

Mcm2 ada kt GM ni.. Tp, aku just melawat kat GF, 1st & 2nd floor jer.. (Yer la, office hour, takkan nak duduk berjalan lama2).. Lepas memilih barang2 yg dikehendaki, kitaorg pun balik dan menunggu lif lebih kurang 5 minit..

Sebagai pekerja yg jujur dan dedicated (haha..) kitaorg pun balik ofis tanpa singgah membeli makanan.. Rupanya diam x diam kitaorg kuar lebih kurang 2 jam.. lama gak tu..padahal baru 3 floor.. Kalau laa melawat semua floor, mau dh malam..

GM ni best gak, tp lebih sesuai utk org yg nk beli byk2 (nk buat kenduri, biznes, etc).. Kalau setakat nk beli satu jer, xyah laa korang buang masa pergi sana..

Lagi satu, bayar parking RM4.. Mahal laa gak.. Maybe nk cover naik lif tu kot.. Tu laa, tp nama pun kat KL, mana laa murah kan..
Maybe, next time nk gi lagi, mana tau aku nak buat bisnes kecil2an.. hehe.. (Jgn lupa beli barang ngan aku k)..

Tuesday, April 19, 2011

MasterChef Malaysia




Hehe.. Tajuk post di atas tu bukan bermakna aku gi hantar borang & pergi ujibakat k.. Tak layak lagi.. Cuma, ni laa antara reality tv favorite aku kt Channel 711.. Tak lama lagi leh tengok Masterchef versi Malaysia..

Masterchef US season pertama pemenang dia kite dh tau.. Saper lagi kalau tak si cantik manis Whitney Miller. Dia contestant termuda.. Aku mmg suka laa tgk dia ni coz dia very the talented..

Lepas habis Masterchef US, sekarang ni Junior Masterchef Australia lak.. And the winner goes to : Isabella.. Huh, mula2 aku ingat yg menang adik kembar dia Sophia.. Tapi, dia yg dapat.. Rezeki2.. Anyway, aku suka gak kat Pierre, terre budak lelaki ni n comel laa gak.. (hahaha)

Mmm.. yg Malaysia lak, dh nk start ujibakat session.. Gud luck pada yg terpilih.. Chaiyo..Chaiyoo..

Pada yang tak berapa familiar pasal Masterchef ni, ni aku cerita sikit pasal program ni.. Realiti tv ni pilih peserta2 yg mmg xder background belajar memasak.. Diaorg ni semua keje lain laa cth involved dalam bidang IT, accounting, medic, college student pun ade gak.. Tapi, respect la..coz diaorg ni mmg talented & tau pasal masak memasak ni.. Kalau tgk diaorg hias makanan, mmg taraf makan kat hotel laa..

Saper yang rase memang ade bakat tu, boleh laa cuba k..Tp, bukan tahun ni laa coz penyertaan dh ditutup.. Sendiri mau ingat. tahun depan kena lebih peka n bukak pekak k..

Pesta Buku @ Book Fair PWTC : 22 April 2011 - 1 Mei 2011


Yahhhhhoooooooo.. Book Fair datang lagi.. Jom laa kite semua pergi.. Membaca jambatan ilmu.. kalau x baca?? - sendiri mau ingat laa..

Wahai sekalian rakyat Malaysia : mari lah kite membeli buku coz dapat tax exemption rm1000.. rugi woo kalau x guna.. Kerajaan dh bagi peluang memenuhkan buku kat umah ngan nk kurangkan tax korang, kalau xnk jugak tak tau cheq nak cakap apa..huhu..

Target aku thn ni : Belanja beli buku dlm RM 300 jer.. Huhu.. (Lagipun, aku bukan kena bayar tax banyak sangat pun) (Lagi satu, nk save duit, bulan 7 nk gi habiskan duit juta2 kat Bandung..uhukz)

Aku cadang nk gi melawat PWTC Sabtu ni lepas gi service kereta.. Jom laa, kite jumpe kt sana..

Nanti aku cite beli buku ape k.. Tungguuu..

Kenapa Blog??



Nape aku sibuk nk berblog??? Gila glamer? -dh tentu laa x.. Jeles ngan kwn2 yg ade blog?-mmm,lagi laa x... Apepun, alasan aku berblogging ni sebab :

1. Nk hilangkan bosan.. (Cintaku tertinggal di Geneva, anak pun xder lagi)
2. Boleh jadi rujukan @ tatapan @ kenangan di masa depan
3. Dh byk tulis cite kt my notebook (buku nota) tp, malas nk taip..
4. Boleh kongsi2 citer, luah perasaan, komen tu, komen ni.. (aku ni suka berblog walking)
5. Boleh guna perkataan 'aku'..oopsss..
6. Boleh edit2 bile suka + meng'expand'kan kreativiti
7. Boleh letak gambar (muahaha..coz aku dlm proses nk beli kamera..lalala)

Buat masa ni tu laa reasonnya.. Maybe, ade idea lagi aku edit laa...haha..(suka hati laa kan, blog ni aku yg punya)...