Saturday, May 14, 2011

Skrip Pengacaraan Majlis – Makan Tengah Hari



Kali ni aku nk kongsi skrip pengacaraan majlis masa jamuan makan tengah hari sempena kejayaan Jabatan aku menganjurkan satu majlis yang besar.
Ntah kenapa aku yang dipilih jadi emcee..Tapi, aku selalu amik peluang untuk ke depan ni.. Mencabar keupayaan aku sendiri.. Oops, panjang lak berceloteh.. Ok laa, aku sertakan skrip yang tidak seberapanya ini untuk kenangan dimasa depan dan juga berkongsi pengalaman..
************************************************************************************
Bismillahhirahmannirrahim..

“Malaysia Berjaya menggamit memori,
Warga Jabatan bersatu hati,
Selamat datang saudara-saudari,
Ke jamuan kesyukuran sebagai penyeri”

Assalamualaikum w.b.t dan selamat tengah hari diucapkan kepada pihak pengurusan tertinggi ........ iaitu CEO yang disayangi, Dato’-Dato’, Datin Sri, Pengarah-Pengarah serta tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi.

Saya mewakili warga ............ mengalu-alukan dan berterima kasih atas kesudian Dato’-Dato’, Datin Sri, tuan-tuan dan puan-puan meluangkan masa untuk menghadiri jamuan kesyukuran sempena kejayaan ...... menganjurkan Majlis ..................... baru-baru ini.

Alhamdulillah, dengan izin Yang Maha Esa, majlis telah berjalan lancar dan meninggalkan kenangan terindah kepada semua, terutamanya warga ...............
Majlis turut merakamkan ucapan terima kasih kepada penaja-penaja makanan dan minuman pada hari ini. Semoga Allah sentiasa memurahkan rezeki.. Aminn..

“Lelaki menipu, wanita pun sedih,
Membawa diri sampai ke Perlis,
Mukadimah panjang, perut pun dah pedih,
Doa dibaca, pelengkap majlis”

Oleh itu, dijemput En ABC untuk membacakan doa dan seterusnya upacara santapan pun bermula.
Jumpa lagi dan Assalamualaikum...
************************************************************************************

Sekadar berkongsi..Apepun, aku sengaja merahsiakan nama tempat aku bekerja untuk mengurangkan populariti.. Hehehehe.. Simple jer majlis ni, bila bos-bos semua taknak berucap, so, tanggungjawab kita sebagai pengacara majlis untuk bekalkan semua maklumat dan cerita laa apa yang berkenaan.

Macam dalam skrip aku ni, pantun yang aku bekalkan ada kaitan sikit dengan majlis yang kitaorg buat sebelum ni. So, boleh refresh kenangan yang berlaku..
Ok laa, next time aku letak lagi skrip masa aku jadi emcee untuk bengkel kaum-kaum wanita, taska graduation, ceramah kerjaya.. Tapi, tak boleh janji bila coz semua skrip aku tulis dan bukan taip.. huhu..

Tak IT savvy? Bukan macam tu, aku lebih selesa baca tulisan aku.. Lebih feel gitu..

No comments:

Post a Comment