Wednesday, May 11, 2011

Komen Buku : Interlok – Karya Abdullah Hussain.



Buku ni aku beli masa Book Fair 2011 bersamaan 19 Jamadilawal 1432H ataupun pada 23 April 2011 (Sabtu) kat booth Telaga Biru Publications. Tujuannya nak bayar majalah Solusi. Ntah macam mana sambil beratur tu, ternampak lak buku ni.. Tgk2 lak 1st edition, so, yang memang suci dari di edit lagi..hehehe..

Sebenarnya aku pernah baca karya Abdullah Hussain (AH) ni. Novel Imam. Memang terbaik. Aku rasa buku tu aku dah baca lebih 3 atau 4 kali. Kakak aku pun suka dan dah khatam berkali-kali. Ceritanya jujur dan terkesan di jiwa. Mm, tapi, entry kali ni aku nak review dan bagi pandangan serba sedikit pasal buku Interlok ni laa..

Masa mula-mula baca ada jugak rasa marah & kecewa atas sikap bangsa kita yang terlalu mudah tertipu, ditipu dan baik hati tak bertempat. Akhirnya tanah dan harta benda tergadai kat bangsa lain. Kira macam lagu Warisan ni (aku amik petikan yang aku ingat jer) :

“Anak kecil main api,
Terbakar hatinya yang sepi,
Air mata darah bercampur keringat,
Bumi dipijak milik orang.

Nenek moyang kaya-raya,
Tergadai seluruh harta benda,
Akibat sengketa sesama kita,
Cinta lenyap di arus zaman.

Indahnya bumi kita ini,
Warisan berkurun lamanya,
Hasil mengalir ke tangan yang lain,
Peribumi merintih sendiri..”

Tapi, bila dah habis baca buku ni, nyata yang kita ni satu Malaysia.. Tak kira siapa, sama-sama berusaha nak memerdekakan Malaya dari penjajahan. Walaupun setiap orang ada agenda dan kepentingan masing-masing. Tapi, semangat cintakan negara menyatukan semua. Memang laa ada yang menyusahkan, musuh dalam selimut, tamak, tak sedar diri, tu memang tak dinafikan. Sampai sekarang orang2 mcm ni ada di sekeliling kita.

Lagi satu, AH ni, ceritakan tentang budaya setiap kaum dengan teliti. Kalau di fahami betul-betul, kita boleh menyelami budaya atau adat resam sesuatu kaum tu walaupun kita tak pernah tengok. Beliau memang buat kajian mendalam sebelum buat buku ni.

Aku rasa sesuai sangat laa buku ni untuk bacaan budak-budak Form 5 atau remaja yang makin ramai lupa diri.. Oops, kata-kata ni bukan untuk semua yer.. Hanya untuk mereka-mereka yang terlupa mereka tu masih ada jati diri dan harga diri tapi tak pernah tau nak hargai..

Aku pun rasa takder isu atau masalah serius dalam cerita ni. AH cuba menjelaskan dengan setelitinya mengenai gambaran ketika itu. Terima laa hakikat. Tapi tu laa, benda yang BENAR tu memang PAHIT nak ditelan sesetengah orang..

Banyak manusia yang takut menerima kebenaran dan lebih rela dibuai khayalan..
Thumbs up to AH. Aku bagi 4 bintang.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment