Thursday, May 12, 2011

Kawan oh Kawan



Entry hari ni citer pasal pengkhianatan.. Hahaha..Macam berat jer topik ni kan? Takder laa, cuma nk buat pengajaran dan ingatan.

Dalam hidup kita ni, kite akan jumpe pelbagai karakter manusia.

1. Ada yang betul-betul baik sampai kita rasa di dodoi dengan nyanyian indah selamanya

2. Ada yang depan kita bukan main baik-belakang kita tikam kita sampai hampir putus leher

3. Ada yang depan kita baik, tapi, pada masa yang sama depan kita pun dia berani belasah kita cukup-cukup sampai tak boleh nak bangun setahun. Belakang kita, memang tak tau laa.

4. Ada yang memang hampeh, depan or belakang kite memang tak baik pun.

Ni cuma sekadar yang aku sempat pikirkan..

Aku cuma nak citer pasal manusia kategori ke-3. Kekecewaan aku pada seseorang ni mmg dh lama. Bukan sekali, tp, dh berkali-kali yg aku tau aku diperlekehkan dan ditikam oleh seorang teman yang aku anggap sebagai org yg boleh dipercayai.. Ini yang aku dapat tau, yang aku tak tau, tak tau laa.

Cuma aku buat-buat lupa demi menjaga persahabatan. Seorang kawan yang aku anggap baik, seorang mentor yang aku anggap bijak, sanggup buat aku macam ni. Aku redha, kerana i’m still new leaf here.. Takder pengalaman sehebat dia dan seperti biasa aku sedapkan hati bahawa dia selalu tolong aku, ajar aku, etc..etc..

Cuma, aku ni manusia biasa..Ada hati dan perasaan.. Of course, rasa terkilan dan kecewa tak dapat nak dielak. Cuma aku sayang dia sebagai seorang sahabat dan mentor.. Tak pernah ke dia ingat aku sentiasa meng’cover’, support tindakan dia dan apa2 yang seangkatan dengannya bila ada apa2 berlaku pada dia. Aku selalu puji penghasilan kerja dia depan bos, depan semua agar dia sentiasa di atas, dapat recognition atas kerja dia yang outstanding.

Tapi, mungkin sebab berada di atas itulah, kita hampir lupa siapa kita. Kita lupa yang kita juga pernah tergolek di bawah dan mungkin akan tergolek sekali lagi nanti.. Masa tu, baru kita sedar yang hidup menongkat dunia/ bermuka-muka ni, tak selamanya indah dan bahagia sejahtera...

Maafkan aku untuk luahan hati ini.. Moga persahabatan ini mampu kekal hingga ke hujung nyawa.. Aminn..

No comments:

Post a Comment