Saturday, May 14, 2011

Skrip Pengacaraan Majlis – Makan Tengah Hari



Kali ni aku nk kongsi skrip pengacaraan majlis masa jamuan makan tengah hari sempena kejayaan Jabatan aku menganjurkan satu majlis yang besar.
Ntah kenapa aku yang dipilih jadi emcee..Tapi, aku selalu amik peluang untuk ke depan ni.. Mencabar keupayaan aku sendiri.. Oops, panjang lak berceloteh.. Ok laa, aku sertakan skrip yang tidak seberapanya ini untuk kenangan dimasa depan dan juga berkongsi pengalaman..
************************************************************************************
Bismillahhirahmannirrahim..

“Malaysia Berjaya menggamit memori,
Warga Jabatan bersatu hati,
Selamat datang saudara-saudari,
Ke jamuan kesyukuran sebagai penyeri”

Assalamualaikum w.b.t dan selamat tengah hari diucapkan kepada pihak pengurusan tertinggi ........ iaitu CEO yang disayangi, Dato’-Dato’, Datin Sri, Pengarah-Pengarah serta tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi.

Saya mewakili warga ............ mengalu-alukan dan berterima kasih atas kesudian Dato’-Dato’, Datin Sri, tuan-tuan dan puan-puan meluangkan masa untuk menghadiri jamuan kesyukuran sempena kejayaan ...... menganjurkan Majlis ..................... baru-baru ini.

Alhamdulillah, dengan izin Yang Maha Esa, majlis telah berjalan lancar dan meninggalkan kenangan terindah kepada semua, terutamanya warga ...............
Majlis turut merakamkan ucapan terima kasih kepada penaja-penaja makanan dan minuman pada hari ini. Semoga Allah sentiasa memurahkan rezeki.. Aminn..

“Lelaki menipu, wanita pun sedih,
Membawa diri sampai ke Perlis,
Mukadimah panjang, perut pun dah pedih,
Doa dibaca, pelengkap majlis”

Oleh itu, dijemput En ABC untuk membacakan doa dan seterusnya upacara santapan pun bermula.
Jumpa lagi dan Assalamualaikum...
************************************************************************************

Sekadar berkongsi..Apepun, aku sengaja merahsiakan nama tempat aku bekerja untuk mengurangkan populariti.. Hehehehe.. Simple jer majlis ni, bila bos-bos semua taknak berucap, so, tanggungjawab kita sebagai pengacara majlis untuk bekalkan semua maklumat dan cerita laa apa yang berkenaan.

Macam dalam skrip aku ni, pantun yang aku bekalkan ada kaitan sikit dengan majlis yang kitaorg buat sebelum ni. So, boleh refresh kenangan yang berlaku..
Ok laa, next time aku letak lagi skrip masa aku jadi emcee untuk bengkel kaum-kaum wanita, taska graduation, ceramah kerjaya.. Tapi, tak boleh janji bila coz semua skrip aku tulis dan bukan taip.. huhu..

Tak IT savvy? Bukan macam tu, aku lebih selesa baca tulisan aku.. Lebih feel gitu..

Resepi Kek Cawan Daisy - Chef Anis Nabilah




Hari ni aku nak kongsi Resepi Kek Cawan Daisy - Inspirasi dari chef yang cute & peramah - Chef Anis Nabilah.. Resepi ni dah dapat dari tahun lepas.. Tapi, dulu aku xder blog lagi.. So, kali ni aku nak kongsi laa resepi yang amat simple ni.. Masa ni Daisy ade buat promosi kat Mid Valley.. Aku siap participate nak jawab soalan & dapat laa tupperware yang comel gitu.. Yang paling penting, dapat makan cupcake yang sedap & gebu..

Nak tau resepi kan? So, apa lagi, salin2, kalau malas nak salin, copy, paste & print jer.. Pastu dah leh try..

Bahan-Bahan :

150g Marjerin Daisy
180g tepung naik sendiri
150g gula kastor
1/2 sudu teh bikarbonat
3 biji telur
1 sudu teh esen vanilla

Untuk Aising :

100g marjerin Daisy
200g gula aising
2 sudu teh air panas
1 sudu teh esen vanila
2 atau 3 sudu teh (ikut cita rasa sendiri) jus lemon (pilihan)
Chocolate rice atau apa2 hiasan yang korang suka..

Cara Penyediaan :

Untuk cupcakes :

1. Panaskan oven 180 darjah Celcius
2. Pukul marjerin & gula sampai kembang dan sebati
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji & vanila
4. Masukkan tepung yang dah dicampur soda bikarbonat
5. Kacau sampai sebati
6. Bahagikan adunan dalam bekas kek cawan
7. Masukkan adunan tadi dalam 3/4 penuh.
8. Bakar dalam 10 minit

Untuk aising :

1. Pukul marjerin dan gula aising sampai kembang
2. Masukkan esen vanilla & air panas (perahan lemon @ perasa pilihan korang)
3. Pukul sampai putih & berkrim
4. Tunggu sampai cupcake sejuk sebelum guna aising & hias

** Boleh dapat 30-35 kek**

Ok laa, selamat mencuba & terima kasih Chef Anis + Daisy for the simple recipe..

* Chef Anis ni junior adik aku, dia cakap mmg Chef Anis ni peramah & pandai masak..Mula2 aku ingat dia ni Singaporean, rupanya orang Selangor *

Thursday, May 12, 2011

Pada-Mu aku bersujud – Nyanyian Afghan..

Hari ni aku nk kongsi satu lagu yang aku suka sangat. Actually,it’s not a new song. Penyanyi dia Afghan from Indonesia..

Jujurnya aku tak kenal pun siapa En. Afghan ni.. Tgk youtube, comel gak dia ni.. hehe.. Tapi, apepun, lagu ni mmg best dan menginsafkan.. Afgan telah memberi jiwa pada lrik yang indah ini..

Masa dengar lagu ni, lagi-lagi dalam keadaan hujan mmg tangkap syahdu laa.. Rasa sangat betapa kecilnya aku ni. Semua berharap pada nikmat Allah.. Hamba-Mu ini tiada daya upaya tanpa bantuan dan rahmat-Mu Ya Allah..

Bagi aku, sambil menyanyi lagu ni, kita sebenarnya berdoa.. Memohon limpah rahmat dan kurnia dari the one and foremost ALLAH S.W.T. Semoga korang semua mendapat manfaatnya.. So, enjoy the song..




Ni lirik lagu ni :

Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya namaMu ya Allah

Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
HambaMu yang selalu bertakwa

Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakanMu
Saat Kau limpahkan kurniaMu
Dalam sunyi aku bersujud

Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
HambaMu yang selalu bertakwa

Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakanMu
Saat Kau limpahkan kurniaMu
Dalam sunyi aku bersujud

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
HambaMu yang selalu bertakwa

Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakanMu
Saat Kau limpahkan kurniaMu
Dalam sunyi aku bersujud
PadaMu

Saham Bank Rakyat – Kami Mesti Pilih




Alhamdulillah, berjaya gak aku beli saham bank rakyat ni untuk aku & my husband walaupun dah lewat sebulan. Aku beli pada 9 Mei 2011 (Isnin). Aku amik cuti rehat semata-mata nak dapatkan saham ni..

Walaupun orang lain dah berebut-rebut beli masa bulan April, aku yang ketinggalan kereta api ni baru dapat tau bulan Mei. So, aku terus call hotline bank rakyat & tanye fasal saham ni. Alhamdulillah, masih boleh di beli. Apa lagi, terus laa apply cuti..


Maka, hari Isnin tu dengan semangat berkobar-kobar, memandu lah aku ke Bandar Baru Klang. Still pagi, so, org pun tak ramai. Aku kena isi sampai 3 keping borang sorang (borang fotostat & not carbonised). So, 6 keping laa aku kena isi. Tapi, tu tak jadi hal coz aku still dapat beli saham tu dalam keadaan yang tenang dan selesa.

Memandangkan kita boleh buat urusan Tabung Haji kat Bank Rakyat, maka aku pun terus berurusan & menyetelkan apa yang patut.. Maka, tamat lah kisah Saham Bank Rakyat. Sekarang tunggu keputusan Bank Rakyat sama ada permohonan aku nak beli extra unit, dapat atau tak..

For my luvly husband, thanks for the ‘nafkah’ given. I’ve spend it wisely tau. ..Beli saham lagi....

***Thank you Allah, for giving me this opportunity..***

Kawan oh Kawan



Entry hari ni citer pasal pengkhianatan.. Hahaha..Macam berat jer topik ni kan? Takder laa, cuma nk buat pengajaran dan ingatan.

Dalam hidup kita ni, kite akan jumpe pelbagai karakter manusia.

1. Ada yang betul-betul baik sampai kita rasa di dodoi dengan nyanyian indah selamanya

2. Ada yang depan kita bukan main baik-belakang kita tikam kita sampai hampir putus leher

3. Ada yang depan kita baik, tapi, pada masa yang sama depan kita pun dia berani belasah kita cukup-cukup sampai tak boleh nak bangun setahun. Belakang kita, memang tak tau laa.

4. Ada yang memang hampeh, depan or belakang kite memang tak baik pun.

Ni cuma sekadar yang aku sempat pikirkan..

Aku cuma nak citer pasal manusia kategori ke-3. Kekecewaan aku pada seseorang ni mmg dh lama. Bukan sekali, tp, dh berkali-kali yg aku tau aku diperlekehkan dan ditikam oleh seorang teman yang aku anggap sebagai org yg boleh dipercayai.. Ini yang aku dapat tau, yang aku tak tau, tak tau laa.

Cuma aku buat-buat lupa demi menjaga persahabatan. Seorang kawan yang aku anggap baik, seorang mentor yang aku anggap bijak, sanggup buat aku macam ni. Aku redha, kerana i’m still new leaf here.. Takder pengalaman sehebat dia dan seperti biasa aku sedapkan hati bahawa dia selalu tolong aku, ajar aku, etc..etc..

Cuma, aku ni manusia biasa..Ada hati dan perasaan.. Of course, rasa terkilan dan kecewa tak dapat nak dielak. Cuma aku sayang dia sebagai seorang sahabat dan mentor.. Tak pernah ke dia ingat aku sentiasa meng’cover’, support tindakan dia dan apa2 yang seangkatan dengannya bila ada apa2 berlaku pada dia. Aku selalu puji penghasilan kerja dia depan bos, depan semua agar dia sentiasa di atas, dapat recognition atas kerja dia yang outstanding.

Tapi, mungkin sebab berada di atas itulah, kita hampir lupa siapa kita. Kita lupa yang kita juga pernah tergolek di bawah dan mungkin akan tergolek sekali lagi nanti.. Masa tu, baru kita sedar yang hidup menongkat dunia/ bermuka-muka ni, tak selamanya indah dan bahagia sejahtera...

Maafkan aku untuk luahan hati ini.. Moga persahabatan ini mampu kekal hingga ke hujung nyawa.. Aminn..

Wednesday, May 11, 2011

Komen Buku : Interlok – Karya Abdullah Hussain.



Buku ni aku beli masa Book Fair 2011 bersamaan 19 Jamadilawal 1432H ataupun pada 23 April 2011 (Sabtu) kat booth Telaga Biru Publications. Tujuannya nak bayar majalah Solusi. Ntah macam mana sambil beratur tu, ternampak lak buku ni.. Tgk2 lak 1st edition, so, yang memang suci dari di edit lagi..hehehe..

Sebenarnya aku pernah baca karya Abdullah Hussain (AH) ni. Novel Imam. Memang terbaik. Aku rasa buku tu aku dah baca lebih 3 atau 4 kali. Kakak aku pun suka dan dah khatam berkali-kali. Ceritanya jujur dan terkesan di jiwa. Mm, tapi, entry kali ni aku nak review dan bagi pandangan serba sedikit pasal buku Interlok ni laa..

Masa mula-mula baca ada jugak rasa marah & kecewa atas sikap bangsa kita yang terlalu mudah tertipu, ditipu dan baik hati tak bertempat. Akhirnya tanah dan harta benda tergadai kat bangsa lain. Kira macam lagu Warisan ni (aku amik petikan yang aku ingat jer) :

“Anak kecil main api,
Terbakar hatinya yang sepi,
Air mata darah bercampur keringat,
Bumi dipijak milik orang.

Nenek moyang kaya-raya,
Tergadai seluruh harta benda,
Akibat sengketa sesama kita,
Cinta lenyap di arus zaman.

Indahnya bumi kita ini,
Warisan berkurun lamanya,
Hasil mengalir ke tangan yang lain,
Peribumi merintih sendiri..”

Tapi, bila dah habis baca buku ni, nyata yang kita ni satu Malaysia.. Tak kira siapa, sama-sama berusaha nak memerdekakan Malaya dari penjajahan. Walaupun setiap orang ada agenda dan kepentingan masing-masing. Tapi, semangat cintakan negara menyatukan semua. Memang laa ada yang menyusahkan, musuh dalam selimut, tamak, tak sedar diri, tu memang tak dinafikan. Sampai sekarang orang2 mcm ni ada di sekeliling kita.

Lagi satu, AH ni, ceritakan tentang budaya setiap kaum dengan teliti. Kalau di fahami betul-betul, kita boleh menyelami budaya atau adat resam sesuatu kaum tu walaupun kita tak pernah tengok. Beliau memang buat kajian mendalam sebelum buat buku ni.

Aku rasa sesuai sangat laa buku ni untuk bacaan budak-budak Form 5 atau remaja yang makin ramai lupa diri.. Oops, kata-kata ni bukan untuk semua yer.. Hanya untuk mereka-mereka yang terlupa mereka tu masih ada jati diri dan harga diri tapi tak pernah tau nak hargai..

Aku pun rasa takder isu atau masalah serius dalam cerita ni. AH cuba menjelaskan dengan setelitinya mengenai gambaran ketika itu. Terima laa hakikat. Tapi tu laa, benda yang BENAR tu memang PAHIT nak ditelan sesetengah orang..

Banyak manusia yang takut menerima kebenaran dan lebih rela dibuai khayalan..
Thumbs up to AH. Aku bagi 4 bintang.

Tuesday, May 10, 2011

Selamat Hari Ibu - Untuk Mak & Mak Mertua Tersayang



Entry hari ni pasal makan2 kt JM Bariani @ Bukit Kemuning.
Mula2 nak belanja mak makan hari Ahad, tp, mak xnk coz dia dah masak macam2. So, aku n kakak decide mkn hari Isnin..
choice kitaorg samada Secret Recipe or Pizza Hut.. Tp, mak nak makan nasik.. So, kitaorg decide laa gi JM Bariani kat Kota Kemuning.. Jauh? Xper laa, nk support biznes sedara-mara sendiri..
Memandangkan aku x makan nasik, so, aku pun pilih laa Mee Bandung..(Sebenarnya berharap nak makan Laksa Johor coz owner JM ni expert masak Laksa Johor).. Tapi, apakan daya, menu tu belum dibuat lagi..
Gambar Mee bandung tak sempat amik, coz, ramai sgt org.. Segan laa pulak..hehhee..
Mee bandung kat sini memang sedap berbanding kedai-kedai lain yang pernah aku makan (lagi-lagi kat kedai tomyam)..
Walauapepun, mee bandung mak aku buat mmg tak boleh challenge laa.. Tak percaya? Tanyer laa org yang dah pernah makan..

Apepun, Selamat Hari Ibu kepada Pn Jaliah dan Pn Zaiton yang begitu baik, memahami dan mengasihi aku yg kekadang degil ni.. Moga dipanjangkan umur, diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan sentiasa dalam keredhaan Allah.. LUV U MAK..

Nota : Alhamdulillah, aku dikurniakan rezeki oleh Allah, dapat Mak dan Mak Mertua yang amat terbaik.. Thank You ALLAH..